vortex

nyanyi nyanyi

nuffnang

blog moods


Followers

Friday, January 28, 2011

cara melepaskan geram kat ro0mate.. :)

kehadapan bloggers terchenta... tujuan saya mengepost entry kali ini ada untuk share bersama anda sedikit info yg sgt "berguna"..xpecially pade mereka2 yg stay kat ostel or rumah2 sewa bersama teman2 terchenta ya..  haha Bengang Dengan Roomate/housemate Korang?? Try this ! hehe..but this is juz for fun..make sure ur roommate tu jenis tahan lasak..tahan maki.. segala-gala tahan la hahaha...
1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang anda dan bagitau kat roommate anda nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg anda & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate anda balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah blah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan anda. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak... dah merebak!"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate anda sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi..."

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...!". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap yagn anda dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

haha amacam... cube try test... mane taw kot2 die bole paham tahap ke"bengang"an anda kat dia.. but remember diz entry is juz for fun...x baek gaduh2.. haha ape2 pn, jgn sampai rumate awk yg bwat mcm ni kat awk.. haha kes naya namanya... tq 4 reading.. ^_^
ape motif??? haha siapapun kita, dimana pn kita, fwen 4eva k.. :)


No comments: