vortex

nyanyi nyanyi

nuffnang

blog moods


Followers

Saturday, December 18, 2010

takdirmu di tangan sendiri.. :)

assalamualaikum.. sekian lama x mengupdate ya... maklum la busy.. ^_^ aha kali ni nk membebel pasal FAST TRACK.. amenda uh?? hah ni la program penyerapan pelajar dip sem3 ke program ijazah untk student UiTM. hehuuu.. bak kata orang ni la peluang.. tapi knape still dalam dilema...huhu x blh nk decide la mane yg baik.. sbb ape?? sbb slalu sgt org ckap buruk2 pasal FT ni.. "nant x lepas, dip x de, degree x de" "kalau x boleh bawak mcm mane" "susah la ft ni" alahai dapat pulak kat Segamat, Johor.. mak aii. jauhnyee.. huhu degrei in finance. memang ni pn yg aq nk.. so?? huhu fikir pny fikir pny fikir... hah pg je la.. mama pn sokong.. alhamdulillah.. x payah dengar la cakap2 yg boleh mendownkan kita.. mungkin tu masalah diaowg sendiri.. lagipn ni impian aq masa wat dip dlu.. aq tolak matrk sebb nk dip.. then aq memang nk wat ft ni lepas sumone gtaw aq pasal ft ni masa dekat f6 tu.. lagipun... dah x de ape dekat arau tu.. apa yg aq cari, aq x dapat.. n x akan dapat.. biar la aq mula idup baru kat segamat tu :) new spirit.. new hope.. new life.. walaupn agak mencabar.. aq tetap akn usaha yg terbaik untuk happy kan parents aq... :) tapi mesti la rindu kwan2 kat arau.. nisah.. din.. semua2 la..huhu.. wattodo... slamat berjuang kat arau ya.. pyjat, along, mirul, myra n sape2 je la take care kat mlaka.. gonna miss u all.. sgt ampa sgt2!!! ade rezeki kita jumpa lagi.. x kira sape pn, do ur best ya.. NEVER GIVE UP NO MATTER HOW HOPELESS... ^_^
DIMANA KAN KU CARI GANTI ^_^

Pernah dulu kudengarkan
Hidup ini perjuangan
Kini pernah kumengerti
Takdir ku di tangan sendiri

Rentak hidup yang kau halakan
Tiada siapa yang menentukan
Semua yang kau hadapi
Pilihan hidupmu sendiri

Hidup satu perjuangan
Hidup penuh pengorbanan
Hidup dengan ketulusan
Kau teruskan

wahh semangat plak.. haha..ini hijrah n pengorbanan aq untuk thn ini..ini sj yg aq mampu..  doakan yg terbaik untuk semua ya.. (^.^)v peace.. outz..

Tuesday, December 7, 2010

mesej berantai?? alamak!!

ape tu MASEJ BERANTAI?? haa.. msg berantai ni x kira la surat/email or msg yang mempunyai ayat yang menyuruh ia dikirimkan kepada beberapa orang yang lain. Sekiranya sipembaca membuat demikian, maka pembaca dijanjikan dengan hadiah atau diancam dengan kebinasaan. dulu org pakai surat jew.. skarang da canggih email suma ade la. paling famous sms la kan. hah bukan ape sy tetibe membebel pasal msg berantai ni, da lama da x dgr. tp msg2 mcm tu still di forward kan kat kita. ape reaksi kita sepatutnya? harus ke nak foward2 banyak2 tu. semata2 x nak kena musibah, sial or nak dapat luck. boleh pecaye ke? betol ke benda tu suma?

haaa.. yang penting... ape hukumnya... benda ni nampak remeh.. tp kadang2 buat kita tertanya2.. wajib ke nak forward2.. bukan kedekut.. tp tertanya2 jugak la.. hahani sy nk share la ape yg sy terbace ea...

"Tidak dapat dinafikan naluri manusia memang ada kelemahan, akan mengalir pada dirinya suatu anggapan sial kerana sesuatu."
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda:
"Ada tiga perkara yang sukar untuk dielakkan , iaitu: bersangka buruk, tathayyur (sial menyial) dan hasad. Oleh karena itu kalau kamu bersangka buruk jangan kamu percayainya dan laksanakan, dan kalau merasa sial jangan berhenti (dari buat kerja yang dilakukan kerana terpengaruh), dan kalau kamu hasad, jangan lanjutkan." (Riwayat Thabarani)
Oleh karena ketiga perkara ini hanya semata-mata perasaan yang tidak berpengaruh pada suatu sikap dan perbuatan, maka dimaafkannya oleh Allah..."

hah ade lagi....

"Perkara seperti ini(surat/msg berantai) adalah Khurafat bahkan boleh membawa kepada syirik kepada Allah s.w.t.
perkara ini seolah-olah orang yang menyebarkannya mengetahui benda yang ghaib(yg akan berlaku) maka ini merupakan kesesatan yang nyata.
maka penghantaran sms seperti ini HARAM kerana sebab-sebab yang telah dinyatakan. sesungguhnya perbuatan menggalakkan orang untuk melakukan kebaikan merupakan perkara yang disuruh oleh Agama, tetapi hendaklah caranya juga betul dan tidak bercanggah dengan syariat."


tue je yg dapat sy kongsikan.. ape2 pn x salah kalau kita menyebarkan sesuatu kebaikan... tp x perlu larh adenye peraturan dalam menyebarkan perkara yg benar untuk kebaikan semua.. tu pandangan sy... :)
Wallahu’alam... 
 tq 4 reading my entry ^_^ peace.. out!!

Monday, December 6, 2010

hijrah itu perjuangan.. !! =)

HIJRAH.. apa yg tersemat di sanubari kita sekalian umat apabila hijrah menjadi topik kita? Apa itu hijrah? Mungkin ada antara kita masih tercari2 apa erti hijrah sebenarnya. Mungkin juga yg sudah biasa terdengar, hijrah itu berpindah dari 1 tempat ke tempat yg lain. Ya benar, itu pengertian hijrah. Namun seberapa ramaikah antara kita yg mengetahui bahawa hijrah turut menjelaskan perpindahan bersifat kejiwaan, rohani atau apa-apa jua situasi yang lebih abstrak daripada itu. Apa yg lebih penting, unsur yg perlu ada dalam penghijrahan adalah perubahan kepada yg lebih baik.

Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat dari kota Mekah menuju ke Madinah al-Munawwarah. Tetapi jika dilihat hari ini, antara contoh hijrah adalah org berpindah dari kg ke kota untuk menuntut ilmu, perkahwinan dan sebagainya. Tapi saya lebih tertarik untuk menghayati hijrah dari perspektif yg lebih dekat dengan kita, iaitu diri kita sendiri.

Sama2 kita menjentik minda , sejauh mana pengorbanan kita.. sehebat mana penghijrahan kita.. sedalam mana maksud hijrah yg kita hayati.. segah mana hijrah kita mencetus pengabdian serta penghormatan..

Apa yg kita lihat, kita semakin hebat dijajah.. minda dibiar sia2 tanpa pedoman.. ukhuwah kian terlerai.. pegangan kian goyah.. lebih2 lagi bagi golongan remaja. Gejala x bermoral semakin menjadi jadi. Kadang2 tertanya2, apa yg kita mahu sebenarnya?? Apa punca sebenarnya?? Adakah kerana runtuhnya tiang agama.. di mana semakin ramai antara kita yg lalai tentang tuntutan solat..

Hidup kita hari ini senang. Aman. X perlu berperang perang. X perlu berpindah randah mencari perlindungan. Apa yg perlu hanya hijrah dari sudut pegangan dah hati kita. Sama2 lah kita menghayatinya. Untuk kebaikan bersama. berhijrahlah demi kehormatan.. demi kesucian.. demi perjuangan kita.. bina semula ukhuwah yg kian hilang.. eratkan silaturrahim sesama insan.. tegakkan hati yang longlai. bangkitkan semangat tersemai.. hidupkan jiwa yang mamai..jgn sampai kita hancur angkara sikap sendiri.. saya sendiri x perfect.. tapi x salah rasanya kalau kita salaing berpesan..




Tola'al badru 'alaina, Min tsaniyyaa-til wadhaa

Wajabasy-syukru 'alaina, Maa-da'a lillahi daa'ie

Sunday, December 5, 2010

tanggungjawab siapa?? check it out ^_^


mcm mana yg kita dpt lihat hr ni, aku rasa adat kita membentuk bagaimana berkembangnya hubungan suami isteri itu.Isteri dipanggil dengan gelaran "orang rumah","suri rumah" atau

Kalau kita lihat pun,banyak petua2 orang tua yang membuatkan kaum perempuan dilabelkan sebagai "mereka yang bekerja di dapur" dan "tukang masak masakan kegemaran suami."

Jadi,meh sini aku bagitau korang satu benda penting yang aku belajar daripada kursus kahwin hari tu.(bkn aku p.. org laen.. haha)

Dalam hubungan suami isteri mengikut Islam,tugas-tugas memasak,mengemas rumah,cuci kipas,cat dinding,basuk berak anak,mem-vacuum rumah dan sebagainya......adalah tugas si Suami.Suami bertanggungjawab memastikan semua benda tu dan fungsi suami adalah "BEKERJA" untuk rumah tangga itu. ^_^

Tugas isteri

Tugas isteri hanyalah taat dan patuh kepada suami serta mencantikkan diri untuk suami (untuk suami dan bukan untuk orang awam,pakai perfume habis satu ofis bau.).Jika seseorang isteri itu enggan memasak atas arahan suaminya,isterinya tidak bersalah kerana itu tugas suami.Isteri ada hak membantu suaminya membuat kerja2 itu jika suaminya memerlukan pertolongan.

Tengok drama,siapa masak?Siapa sapu sampah?Siapa mandikan anak?Perempuan kan?Itu semua sebab adat kita.Ikut agama lain. so, nk  ikut manayg mane nie?? haha renungkan....

Monday, November 1, 2010

ceritera 02/11/2010-mangsa banjir..eh bukan.. mangsa keadaan


tersebutlah kisah 8 penghuni beringin 30.. desebabkan cuaca yg sgt baik (hujan x henti2), smua penghuni tido dgan nyenyak skali... bila smpi waktu dan ketikanya, semua bgn dengan perot yg lapar... lalu dgan smangatnya mencapai tuala untuk mandi.. tapi..... apakan daya.. air plak x da... huhuhu ape la nsb...terpaksa la beramai ramai menimba air dari paip luar rumah.. x lama lpas tu air paip luar rumah pn kering... agaggaag lebih tragis lagi...setelah itu, kami jalan beramai ramai untuk mencari sedikit bekalan makanan... dgan semangatnya kami melangkah ke oren... kecewa x terhingga apabila juz 1 kedai dkat oren yg bkak... menunya pula... SARDIN.... wawawa sardin pn sardin la ....mak cik oren cakap, banjir la kt luar dik, x de bekalan nk masak pn...haha kitaowg duk dalam umah tu, ape pn x tawu.. haih... pasrah je la... ape la nsb... rumah x banjir pn.. tp idup mcm mangsa banjir suda!! sabo je laaaa.....tettttttttt... pejam celik pejam celik, dah 3 ari duk menimba air ni... huhu lori air pn bkn dtg slalu.. skali dtg jenuh rebut2.. penat kowt... nak stdy lagi..dengan makanan x cukup... huhu tp tu larh... at least dapat sama2 belajar erti hidup... bukan semua org boleh rasa mcm ni... (ouchh sakit pinggang eden duk angkt timba neh!!)



arau banjir suda...

Saturday, October 23, 2010

konvensyen kelab mandarin... 7-9 oct 2010

hehuuuuuu... sweet memory for all of us uke!!kitaowg reramai g UiTM merbok, kedah coz ade konvensyen kelab bahasa mandarin... hah budak2 from Terengganu pn ade.. ktowg kn wat teater muzikal... 1st time.. nervous jgak la.. hehuuu... aq?? aq x blakon... x pandai kowt.. haha menari sikit2 je.. agak keras la.. tp teruja.. dah dkat 10 thn kot x mnari.. haha (tringat menari ulik mayang masa kck2 dulu)... time kat sane mcm2 la kitaowg buat... haha.. memang best la.. jmpe teman2 baru... sume sporting2!! walaupn x menang, kitaowg tetap happy.. haha yez we r not a winner, we r da beginner who will b da winner!! hehuuuuuu thanx to semua "peng you"2 yg terlibat.. u're damn much amazing frenz.. haha




DANCE!!




da best damn thing!!






preparation







peng you!! i heart u!!