Allah s.w.t. telah mentakdirkan satu peristiwa hijrah besar dan agung berlaku 1420 tahun lalu melibatkan junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta para sahabat dari kota Mekah menuju ke Madinah al-Munawwarah. Tetapi jika dilihat hari ini, antara contoh hijrah adalah org berpindah dari kg ke kota untuk menuntut ilmu, perkahwinan dan sebagainya. Tapi saya lebih tertarik untuk menghayati hijrah dari perspektif yg lebih dekat dengan kita, iaitu diri kita sendiri.
Sama2 kita menjentik minda , sejauh mana pengorbanan kita.. sehebat mana penghijrahan kita.. sedalam mana maksud hijrah yg kita hayati.. segah mana hijrah kita mencetus pengabdian serta penghormatan..
Apa yg kita lihat, kita semakin hebat dijajah.. minda dibiar sia2 tanpa pedoman.. ukhuwah kian terlerai.. pegangan kian goyah.. lebih2 lagi bagi golongan remaja. Gejala x bermoral semakin menjadi jadi. Kadang2 tertanya2, apa yg kita mahu sebenarnya?? Apa punca sebenarnya?? Adakah kerana runtuhnya tiang agama.. di mana semakin ramai antara kita yg lalai tentang tuntutan solat..
Hidup kita hari ini senang. Aman. X perlu berperang perang. X perlu berpindah randah mencari perlindungan. Apa yg perlu hanya hijrah dari sudut pegangan dah hati kita. Sama2 lah kita menghayatinya. Untuk kebaikan bersama. berhijrahlah demi kehormatan.. demi kesucian.. demi perjuangan kita.. bina semula ukhuwah yg kian hilang.. eratkan silaturrahim sesama insan.. tegakkan hati yang longlai. bangkitkan semangat tersemai.. hidupkan jiwa yang mamai..jgn sampai kita hancur angkara sikap sendiri.. saya sendiri x perfect.. tapi x salah rasanya kalau kita salaing berpesan..
Tola'al badru 'alaina, Min tsaniyyaa-til wadhaa
Wajabasy-syukru 'alaina, Maa-da'a lillahi daa'ie
No comments:
Post a Comment