vortex

nyanyi nyanyi

nuffnang

blog moods


Followers

Tuesday, February 21, 2012

indah jika ditafsir..

dengan nama Allah yang Maha pengasih, Maha penyayang.
segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Yang Maha pengasih Maha penyayang.
pemilik hari pembalasan.
hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
tunjukilah kami jalan yang lurus.
iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
~AL-FATIHAH

Saturday, February 4, 2012

YANG TERPUJI

saban hari dan waktu kita menyatakan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah saw. namun sejauh mana kita mendalaminya. kita berselawat pada baginda. namun sejauh mana kita menghayatinya. saban hari kita menyucapkan "tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". sejauh mana kita mengenal kekasih Allah itu. sama2 kita hayati secebis tentang baginda Rasulullah.


Baginda diputrakan pada 12 Rabiulawal  di makkah. ibu Baginda Aminah bt Wahab dah ayah Baginda Abdullah iaitu ank kepada Abdul Muthalib.menjadi yatim piatu kira2 ketika usia 6 tahun. menerima wahyu pertama pada usia 40 tahun di gua Hira. pelbagai cabaran dan rintangan dilalui Baginda dalam menyampaikan dakwah bagi memperjuangkan Islam. kelahiran insan agong yang tidak diiringi tangisan ini membuka lembaran baru buat semua. Baginda wafat ketika berusia kira2 63 tahun.


insan mulia ini mempunyai pekerti yg sgt indah buat diteladani kita semua. siddiq ,amanah, tabligh, fathonah. sifat yg harus kita contohi dlm usaha menjadi manusia bepekerti murni. sifat rendah hati baginda begitu terserlah.meneladani perbuatan atau sunnah Rasulullah dalam perbuatan harian kita seperti cara menunaikan solat, menunaikan haji, perbuatan2 Baginda seperti berdiri, duduk, makan dan minum semuanya mempunyai adab dan tertib yg indah serta wajar dicontohi.
selawatlah ke atas Baginda Rasulullah sebanyak mungkin sambil menghayatinya.. bukan sekadar dibibir..


*andai ada tersalah kata dan fakta, maaf dari sy yg jahil ini.. sekadar ingin berkongsi.. salam maulidur rasul