vortex

nyanyi nyanyi

nuffnang

blog moods


Followers

Sunday, July 29, 2012

10 Ramadhan-bazar

dalam kita asyik lapar2.. tunggu bila nk berbuka, sedar x sedar dah 10 hari da puasa.. alhamdulillah to sapa2 yg dapat puasa full. yg x dapat ats sebab2 tertentu, apa kan daya kan.. yang x full atas sbb sengaja dan memang x nk puasa tuh... hmmm pikir la sendiri ye.. selemah mana kita, Allah lah sebaik baik tempat untuk kita bersandar. 

dah 10 hari ni x pernah miss lagi ke bazar ramadhan. nk masak x sempat. busy >.< busy tido je.  OK . apa yg lagi penting skarang ni nk share apa yg saya NAMPAK di bazar ramadhan, yg pastinya ramai jugak antara kita yg hadapi benda ni. (haihh.. sepatutnya entry ni penuh kemarahan, tapi sabar eaa... puase) =)
ok lets make a list (senang sket) 

# indah rupa dari rasa. ni lah masalahnya apabila org yg x berapa pandai masak pn nk jual kat bazar sebab nk meraih keuntungan. yes, rezeki masing2. terbuka luas pintu rezeki untuk semua orang. tapi agak2 la cik. terbantut selera nak berbuka kadang2. nampak je sedap. tapi... hmmm..

#saya ulang skali lagi, ya rezeki masing2. tapi kalau jual makanan dengan harga yg x padan dengan makanan tu, berkat ke kau berniaga tu. tau lah ramai yg sibuk x sempat masa. so mahal x mahal orang terpaksa beli. no choice. tp x kan la harga sampai 2 kali ganda daripada sblm puasa. x baik taw. mahal sikit2 dah la.

#ni yg paling annoying. dah tawu orang berpusu2 ke bazar. parking limited,bertimbang rasa la. ni tidak. dah habis beli, masuk kereta boleh lagi bersembang , bersolek bagai. orang lain dah pening cari parking. berakar tunggu kau sembang. 

ok dah.. ni top 3 paling annoying stakat ni. huh. tapi x dinafikan ada yg ok. peniaga2 yg jujur n masak pn sedap nk bagi org makan. mcm tu la. x mengurangkan pahala puasa sendiri dan org lain.. huhu mesti masing2 ada benda yg kita x suka kan. diz juz my opinion.. =) salam Ramadhan

Tuesday, February 21, 2012

indah jika ditafsir..

dengan nama Allah yang Maha pengasih, Maha penyayang.
segala puji bagi Allah, Tuhan seluruh alam.
Yang Maha pengasih Maha penyayang.
pemilik hari pembalasan.
hanya kepada Engkaulah kami menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan.
tunjukilah kami jalan yang lurus.
iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepadanya, bukan jalan mereka yang dimurkai, dan bukan pula jalan mereka yang sesat.
~AL-FATIHAH

Saturday, February 4, 2012

YANG TERPUJI

saban hari dan waktu kita menyatakan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah saw. namun sejauh mana kita mendalaminya. kita berselawat pada baginda. namun sejauh mana kita menghayatinya. saban hari kita menyucapkan "tiada Tuhan yg disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Nabi Muhammad itu pesuruh Allah". sejauh mana kita mengenal kekasih Allah itu. sama2 kita hayati secebis tentang baginda Rasulullah.


Baginda diputrakan pada 12 Rabiulawal  di makkah. ibu Baginda Aminah bt Wahab dah ayah Baginda Abdullah iaitu ank kepada Abdul Muthalib.menjadi yatim piatu kira2 ketika usia 6 tahun. menerima wahyu pertama pada usia 40 tahun di gua Hira. pelbagai cabaran dan rintangan dilalui Baginda dalam menyampaikan dakwah bagi memperjuangkan Islam. kelahiran insan agong yang tidak diiringi tangisan ini membuka lembaran baru buat semua. Baginda wafat ketika berusia kira2 63 tahun.


insan mulia ini mempunyai pekerti yg sgt indah buat diteladani kita semua. siddiq ,amanah, tabligh, fathonah. sifat yg harus kita contohi dlm usaha menjadi manusia bepekerti murni. sifat rendah hati baginda begitu terserlah.meneladani perbuatan atau sunnah Rasulullah dalam perbuatan harian kita seperti cara menunaikan solat, menunaikan haji, perbuatan2 Baginda seperti berdiri, duduk, makan dan minum semuanya mempunyai adab dan tertib yg indah serta wajar dicontohi.
selawatlah ke atas Baginda Rasulullah sebanyak mungkin sambil menghayatinya.. bukan sekadar dibibir..


*andai ada tersalah kata dan fakta, maaf dari sy yg jahil ini.. sekadar ingin berkongsi.. salam maulidur rasul